IMEJ ORANG JAWA, MELAYU DAN FILIPINA DALAM KAPITALISME PENJAJAH

MITOS PRIBUMI MALAS

IMEJ ORANG JAWA, MELAYU DAN FILIPINA

DALAM KAPITALISME PENJAJAH

Oleh : Prof. Syed Hussien Alatas

 

Buku ini cuba menganalisis  asal usul dan fungsi mitos tentang pribumi malas dari abad ke-16 hingga abad ke 20 di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Prof. Syed Hussien Alatas mengatakan bahawa orang Melayu dianggap pemalas oleh kolonial Barat kerana orang Melayu tidak mahu bekerja dengan penjajah yang menjatuhkan maruah mereka. Sarjana Barat ketika itu cenderung untuk menjatuhkan maruah pribumi Melayu. Namun, tuduhan kemalasan Melayu bukan disebabkan oleh malas yang sebenar. Sebaliknya adalah disebabkan oleh penolakan mereka untuk bekerja sebagai buruh ladang dan ketidakadilan yang diterima oleh mereka dalam kegiatan ekonomi kapitalis yang dikuasai oleh penjajah. Dibuktikan juga bahawa masyarakat Melayu akan rajin apabila minatnya timbul.

Oleh itu, generalisasi masyarakat Melayu malas adalah tidak tepat dan suatu mitos.

 

EPISTIMOLOGI

 

Epistimologi yang dipakai dalam buku ini untuk menganalisis masalah tersebut  adalah ideologi kapitalisme. Ideologi kapitalisme menggambarkan citra tentang pribumi dan masyarakat mereka untuk membenarkan dan mencari  penaklukan dan penguasaan Eropah terhadap wilayah Melayu. Ideologi kapitalisme ideologi merupakan ideologi menyeluruh daripada kekuasaan Barat untuk menguasai daerah jajahannya. Ideologi kapitalisme mencari bukti daripada kaedah Barat dalam tujuannya untuk mengadakan modenisasi dan tamadun masyarakat yang telah menyerah pada kekuatan Barat.

 

 

ONTOLOGI

 

Penjajah dengan Ideologi kapitalismenya menerapkan amalan diskriminasi dalam lapangan kerja terhadap masyarakat  Melayu. Banyak majikan yang menolak orang Melayu kerana mereka meyakini bahawa orang Melayu  pemalas. Sehingga didatangkanlah pekerja-pekerja daripada India dan Cina ke tanah Melayu. Semua ini berasal dari persepsi yang salah terhadap masyarakat Melayu.  Dalam sektor ekonomi pula dikatakan orang Eropah menempati lapisan paling atas, orang Asia asing pada lapisan menengah dan pribumi pada lapisan bawah. Dari segi moral juga ditegakkan hirarki yang sama : orang Eropah paling berbudaya, diikuti oleh orang Asia asing, kemudian pribumi. Di negeri jajahannya tidak ada orang Eropah yang miskin sebaliknya juga tidak ada kelas kapitalis pribumi yang sangat kaya dan kuat ekonominya.

 

METODOLOGI

 

Metododologi yang dipakai adalah melalui sosiologi pengetahuan dan sejarah . Fungsi mitos sebagai unsur yang penting digambarkan dengan mengambil contoh sejarah dan sosiologi. Ilmuwan-ilmuwan Barat dipengaruhi oleh ideologi kapitalisme yang mereka anut dalam menggambarkan masyarakat jajahannya. Ini terjadi pada ilmuwan kolonial yang mengkaji masyarakat daerah jajahannya. Ilmuwan kolonial secara menyeluruh menghindari kajian tentang aspek-aspek negatif daripada kolonialisme.

Hasil daripada fikiran ilmuwan kolonial itu dapat dinilai dengan sosiologi pengetahuan. Sosiologi pengetahuan telah membuktikan bahawa penduduk yang berlainan dan mengembangkan prespektif yang berbezaang sesuatu hal. Sebenarnya kemalasan pribumi adalah suatu mitos berdasarkan keadaan iklim, alam dan faktor manusia itu sendiri yang menjadi punca keterbelakangan. Iklim yang panas memerlukan istirahat berbanding iklim sejuk yang mendorong untuk melakukan pekerjaan. Lantaran itu orang Eropah di kawasan tropika lebih banyak pembantu  pribumi dari melakukan sendiri pekerjaan.

 

 

Keranga pemikiran

ideologi kapitalisme kolonial

 

Diskriminasi dalam lapangan kerja dan ekonomi pada pribumi

 

 

 

Pos ini dipublikasikan di Uncategorized. Tandai permalink.

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s