KAPITALISME GLOBAL DALAM BUDAYA LOKAL

KAPITALIS GLOBAL DALAM BUDAYA LOKAL

 

1.0 Pengenalan

 

Perkembangan dunia pada saat ini semakin global. Hal ini dilihat dari perkembangan pelbagai sektor terutama yang dibawa oleh barat ke Dunia Ketiga. Dewasa ini, masyarakat tengah mengalami krisis akibat daripada kegagalan fahaman pembangunan (developmentalism), suatu model kapitalisme Dunia Ketiga era pascakolonialisme. Kegagalan fahaman pembangunan (developmentalism) pada negara-negara yang dijadikan model iaitu negara-negara yang dianggap paling maju dan paling banyak dijadikan contoh bagi kapitalisme. Oleh itu, Dunia Ketiga yakni negara-negara kapitalisme model NICs (Newly Industralist Countries), seperti Korea Selatan dan Taiwan, juga termasuk negara NIC baru seperti Thailand, Malaysia, dan Indonesia. Sampai masa ini penjelasan terhadap krisis ekonomi ini belum selesai. Pelbagai masalah yang timbul daripada fahaman kapitalis kepada negara-negara Asia. Pada masa kejatuhan kapitalisme Asia adalah wacana baru telah dibentuk untuk reformasi dan perubahan sistem kapitalisme tersebut. Sebagai suatu pendekatan reformasi dan bukannya transformasi, ideologi dan struktur wacana baru itu tidak jauh berbeza dengan sistem, struktur dan ideologi yang dijadikan penahan bagi fahaman pembangunan (developmentalism) yang mengalami krisis tersebut. Wacana baru inilah yang dikatakan sebagai globalisasi.

 

2.0 Paradigma kapitalisme dalam perkembangan pembangunan

Pembangunan dalam reformasi sosial sebagai model wacana kapitalisme di Asia Timur dan selama ini dijadikan sebagai contoh model pertumbuhan kapitalisme Dunia Ketiga kepada wacana model globalisasi. Hal ini bermula dengan perkembangan fahaman pembangunan terhadap perubahan sosial selepas Perang Dunia Kedua yang membawa fahaman modenisasi. Ini mempercepatkan perkembangan globalisasi kapitalisme sebagai gambaran sejarah pada masa dahulu. Kapitalisme di dalam pembangunan negara Dunia Barat ke Dunia Ketiga membawa impak yang besar terhadap dominasi dan eksploitasi manusia kepada manusia yang lain pada masa lima ratus tahun yang dahulu. Dapat difahami kapitalisme ialah suatu ajaran atau fahaman tentang model dan sesuatu barang berharga dan boleh diukur dengan duit.  Kapitalisme telah berlaku pada zaman dahulu, ini kerana saudagar, kalifah, penggembara telah menjelajah dunia untuk melakukan aktiviti sosial dan ekonomi. Terdapat juga fahaman mengenai kapitalisme menjadi suatu bias dalam pemikiran iaitu boleh dikatakan sebagai “one-sides embeddedness” yang disebabkan oleh pola pemikiran dikotomik yang masih baru iaitu ada yang ″global″ dan ada yang ″lokal″. ″Think globally, act locally″ masih menjadi pepatah yang digemari oleh ramai pihak.  Globalisasi yang terjadi di Barat/Utara akan membawa perubahan besar dalam melaksanakan kapitalisme di Timur/Selatan terutama pemodenan pada suatu bangsa/negara yang suka ataupun tidak suka harus menerimanya. Dunia Ketiga sebagai daerah kolonialisme atau imperialisme Barat telah membentuk proses global terhadap budaya lokal diseluruh dunia. Maka jelaslah hujah yang diberikan oleh Alexander Irwan (2000, xi) : Pada masa ini mempunyai hubungan-hubungan sosial lokal Timur/Selatan yang tidak dipandang sebagai embedded dalam kapitalisme. Kapitalisme tetap dipandang sebagai roh yang karakternya tidak diwarnai dan dibentuk oleh hubungan sosial lokal Timur/Selatan.

 

Hegemoni ataupun kuasa dominan dalam kapitalisme global telah digunakan sampai pada masa moden ini dan menyentuh pada diri manusia iaitu kesedaran, seperti hujahan yang diberikan oleh Gramsci ″if you can occupy peoples heads, their hearts and their hands will follow″. Ini bermakna hegemoni pemikiran manusia yang memiliki kekuasaan yang tidak terbatas telah mempengaruhi dunia. Dunia Barat dapat membangun dengan kerangka konseptual dan paradigma kapitalisme secara global melalui fahaman dan pemikirannya. Kapitalisme ini memberikan pengaruh yang sangat besar  dan berterusan daripada zaman klasik hingga ke zaman moden. Daripada kapitalisme ini dapat melihat  perkembangan dalam beberapa paradigma iaitu :

 

i.                    Fasa Pertama

 

Kapitalisme masih menuju kepada keperluaan asas dengan hadirnya industri sampingan pada masa zaman Inggeris lagi iaitu pada abad ke 14 hingga 16. Ini berlanjutan dengan perkembangan industri-industri berat seperti perkapalan, pergudangan, bahan-bahan mentah, barang-barang dan bentuk-bentuk kekayaan yang lain sehingga bertambahnya kapasiti dalam produktiviti. Akhirnya, akibat daripada kepandaian kapitalisme ini menyebabkan ramai yang menjadi mangsa. Misalnya di Bandar pula, para saudagar kapitalis menjual produk mereka dari satu tempat ke tempat lain. Pada mulanya, mereka akan menjual barang pada rakan-rakan sesama seperjalanan lalu berkembang menjadi suatu perniagaan yang besar. Sementara di desa pula, masyarakat masih berasaskan feudalisme. Dalam hal ini, Russel mengemukakan tiga faktor yang menghalang kapitalisme di desa iaitu :

 

a.       Tanah yang ada hanya digunakan untuk bercucuk tanam, sehingga hasil pengeluarannya sangat terbatas. Russel mengusulkan untuk mengubah tanah dan menjadi sesuatu yang lebih menguntungkan (profitable).

 

b.      Para petani atau buruh yang masih terikat pada sistem ekonomi. Menurut Russel hal ini adalah mereka siap untuk bekerja dengan upah tertentu.

 

c.       Hasil produktiviti yang diperoleh daripada petani hanya mencukupi untuk keperluan peribadi sahaja. Menurutnya, produktiviti hasil pertanian harus dipasarkan untuk meningkatkan keuntungan.

 

ii.                  Fasa Kedua

 

Kapitalisme klasik berlaku dari tahun 1750 hingga 1914. Kapitalisme pada fasa ini merupakan pergerakan dari perdagangan ke Revolusi Industri di Eropah, dimana banyak mesin-mesin besar telah dicipta untuk melakukan aktiviti industry. Tokoh yang terkenal dan disebut ″bapa kapitalisme″ dalam bukunya The Wealth Of Nations (1776)” dimana salah satu pengajarannya ialah “laissez fairedengan tangan ghaibnya (invisible hand) iaitu mengenai mekanisme pasaran. Beberapa tokoh lain seperti David Ricardo dan John Stuart Mills yang sering dikenali sebagai tokoh ekonomi neo- klasik. Pada fasa inilah kapitalisme sering mendapat kritikan daripada kelompok Marx.

 

 

iii.                Fasa Ketiga

 

Kapitalisme Lanjutan iatu dari tahun 1914 hingga sekarang. Kapitalisme lanjutan pada fasa ini bermula semasa Perang Dunia Pertama dan mempunyai tiga keadaan. Keadaan pertama adalah peralihan modal dari Eropah ke Amerika. Kedua, bangkitnya kesedaran antara negara bangsa di Asia dan Afrika sebagai pencapaian daripada kapitalisme klasik untuk kemajuan Negara. Ketiga, revolusi Bolshevik Rusia yang berkeinginan menghancurkan institusi fundemental kapitalisme yang dimiliki secara individu atas penguasaan produktiviti, struktur kelas sosial, bentuk pemerintahan dan pegangan agama. Dari sini terciptanya suatu ideologi baru iaitu dikatakan sebagai komunisme.

 

Beberapa pengertian tentang kapitalisme yang membawa perubahan global pada masa ini.

 

a.            Menurut David Robertson, kapitalisme ialah produktiviti untuk mendapat keuntungan dan hak untuk pemilikan harta peribadi, dimana sebahagian kecil darinya dikuasai oleh negara.

b.            Samir Amin (Mesir), kapitalisme ialah pasaran yang tidak lebih dari sekadar bentuk pengurusan modal sosio-ekonomi.

c.            Leo Huberman (Amerika Serikat), kapitalisme ialah satu sistem penghasilan dan pengedaran produktiviti.

d.            Anthony Brewer (England), kapitalisme mempunyai dua ciri utama iaitu kapitalisme sebagai satu sistem produktiviti komoditi dan di dalam sistem ini, produktiviti yang dikendalikan oleh kapitalis yang memperkerjakan buruh.

e.            Marx (tafsiran dari Howard dan King), kapitalisme berasaskan empat ciri utama iaitu kapitalisme bercirikan oleh produktiviti komoditi (production of commodities), terdapatnya kerja dan upah (wage-labour), kehendak untuk mencari kekayaan tanpa batas (acquisitiveness) dan kapitalisme ini bercirikan oleh organisasi yang rasional.

 

 

 

3.0 Kapitalisme Global pada Kebudayaan Dunia Ketiga / Dunia Timur

 

Hubungan yang terjadi pada masa ini sebagai pengaruh kapitalisme yang terus meningkat di Dunia Ketiga. Ini merupakan epistimologi kolonialisme baru melalui kekuasaan imperialisme sebagai hegemoni. Pada masa ini, tradisi dan kebudayaan dipengaruhi oleh modenisasi dalam wacana budaya di Dunia Ketiga.  Pembangunan ekonomi di Dunia Ketiga pada tahun 1950 hingga 1980 terjadinya pertembungan mengenai aspek kebudayaan yang dianggap sebagai wacana modenisasi bukannya westernisasi. Pada tahun 1970 hingga 1990-an pertembungan yang sama terjadi di kalangan ahli akademik di Amerika Latin.

 

Bahkan di kalangan ahli-ahli perniagaan multinasional/TNCs mula membincangkan pentingnya budaya lokal dalam sidang-sidang misalnya Forum Ekonomi Dunia di Davos, Swiss. Dengan perkembangan ekonomi global dan teknologi perusahaan multinasional di Amerika Syarikat dan Eropah berlakunya pertembungan yang berterusan mengenai ″Humanisme Antarabangsa″ melawan ″Kapitalisme Global″. Budaya lokal dianggap penting (Culture Matters) untuk kemajuan ekonomi suatu bangsa dan negara. Contohnya, negara yang terletak secara geopolitik kurang strategik dan kurang sumber daya alam seperti Jepun, Korea Selatan, Taiwan dan Singapura memajukan negaranya dalam bidang ekonomi. Negara bangsa ini telah menerapkan budaya melalui disiplin kerja dan disiplin nasional dalam cabaran globalisasi yang berperanan aktif dalam aktiviti kapitalisme.

 

Sedangkan negara yang mempunyai sumber daya alam yang lebih tidak mempunyai kemampuan dalam mengeksploitasi seperti Afrika dan Asia Tenggara kecuali Singapura. Maka suatu bangsa dapat memajukan budaya nasionalnya untuk menghalang kapitalisme masuk secara ganas. Negara yang kaya dengan sumber daya alam dan sumber daya manusia iaitu mencipta dan berkarya pada ruang antarabangsa dan hal ini menyebabkan bermulanya persaingan yang ketat dalam bidang ilmu dan teknologi. Globalisasi sebagai tempat penyebaran kapitalis pada peringkat antarabangsa, maka negara bangsa di Afrika dan Asia membangkitkan semangat budaya nasional dan mencari peluang pada zaman global ini.

 

Kapitalisme global membawa budaya menjadi pluralisme atau majmuk yang membawa kepada pendekatan Weber iaitu melihat sejauhmana hubungan etika dalam suatu komuniti yang dapat menyokong perkembangan ekonomi. Dunia Ketiga atau Dunia Timur selalu mendapat nilai dan norma yang bersifat per terhadap nilai dan norma kapitalisme. Kapitalisme telah diterapkan dalam komuniti lokal dan akhirnya diserapkan dalam nilai dan norma sehingga kapitalisme dapat diterima dan dipraktikan. Dengan ini, masyarakat yang mempunyai beretika yang mendukung kapitalisme sehingga sektor-sektor ekonomi, sosial, politik dan sebagainya menjadi berkembang. Oleh itu, sesebuah negara itu tidak berjaya apabila kurangnya penggabungan unsur-unsur dalam reformasi sosial. Reformasi sosial ini merupakan teras pegangan antara pengelolaan produktiviti kapitalisme dengan pengeluaran non kapitalisme.

 

Dominasi produktiviti kapitalisme dalam reformasi sosial akan menuju kepada perkembangan kapitalisme dan industrialisasi yang berbeza-beza. Teori artikulasi yang dikembangkan oleh Hefner (1998), melihat perbezaan dalam budaya pasaran yang sedia ada. Budaya pasaran ini berlaku kerana adanya dunia sosial. Dalam konteks Asia, kapitalisme telah berkembang di tengah pelbagai struktur sosial dan tradisi moral sebagai artikulasi oleh unsur lokal. Walaupun, negara Taiwan berideologi komunis dan fahaman jaringan “Quanxi”, negara tersebut membawa fahaman kapitalisme dalam artikulasi politik, organisasi dan budaya lokal.

 

Pada umumnya teori tentang perubahan kebudayaan dapat dibahagikan kepada tiga pendekatan.  Pertama, menurut Parson (dalam Wallace dan Wolf, 1980), teori adaptasi budaya (cultural adaptation theory) menyatakan bahawa kebudayaan manusia berkembang dan mengalami perubahan kerana adanya kemampuan menyesuaikan diri dengan budaya pasar. Perubahan kebudayaan adalah proses generalisasi nilai yang diakibatkan oleh peningkatan kompleksiti masyarakat.  Peningkatan kompleksiti pada pola budaya pasar dan kemampuan adaptasi lebih tinggi (adaptive up-grading) diperlukan agar meningkatkan pemahaman dan penafsiran ke tingkat yang nyata.

 

Kedua, teori legitimasi kelas (class legitimation theory), yang menyatakan bahawa perubahan kebudayaan terjadi kerana adanya pergolahan kedudukan kelas sosial dalam struktur masyarakat (Wuthnow, 1992).  Menurut teori ini, kelas sosial baru memerlukan legitimasi dalam hubungan dengan kelas golongan elit ataupun untuk subordinasi kelas sosial lain dalam masyarakat pada masa itu.  Ideologi baru diperlukan oleh golongan elit baru untuk melegitimasi kedudukannya dan ideologi ini minimum terdapatnya idea dan simbol sebagai salah satu pengalaman sejarah kemunculan kelas dan cara untuk meningkatkan produktiviti masyarakat, yang akhirnya bermula daripada doktrin kekuasaan baru.

 

Ketiga, teori perlembagaan (institutional theory),  menyatakan bahawa perubahan kebudayaan dipengaruhi oleh konfigurasi perlembagaan (Wuthnow, 1992).  Tiga aspek ini yang dibincangkan ini amat berpengaruh terhadap keadaan persekitaran dan rangkaian tindakan.  Maksud konteks perlembagaan ialah latar belakang aktiviti kebudayaan itu dihasilkan dan bagaimana mengatur pelaku kebudayaan, hubungan pelaku dengan pelaku kebudayaan lain dan hubungan dengan organisasi lebih besar seperti negara dan pasaran.  Keadaan persekitaran seperti  sosial, pertumbuhan ekonomi dan saluran kuasa boleh dilihat pada sumber daya sosial yang disediakan untuk mempengaruhi saluran perlembagaan ini. Rangkaian tindakan berhubungan dengan aktiviti penghasilan kebudayaan yang meliputi tanggapan terhadap keadaan secara tidak sengaja. Huraian ideologi diantara pelaku adalah berkaitan dengan hubungan sosial dengan teks ideologi. Hal ini dapat mencerminkan teks ideologi dalam hubungan sosial masyarakat.  Wuthnow (1992), menekankan bahawa  penggabungan elemen-elemen  perlembagaan, persekitaran dan tindakan dapat dipertimbangkan dengan adanya ciri-ciri dalam pelaksanaan aktiviti kebudayaan pada tempat dan waktu yang berbeza.

 

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Dhouadi (1995), melihat bahawa selepas modenisasi berlaku, kebudayaan negara berkembang dan telah berubah sehingga terjadinya ketinggalan aspek budaya dan psikologi dari arus pembangunan. Ketinggalan budaya adalah termasuk menggunakan bahasa asing berbanding bahasa sendiri. Ketinggalan dari segi pengetahuan juga berlaku kerana masih mengagung-agungkan nilai sains Barat berbanding nilai sendiri yang diwarisi turun temurun. Selain itu, ketinggalan daripada aspek psikologi meliputi kompleks martabat dalam menghadapi Barat dan tidak mempunyai integrasi diri sendiri akibat konflik yang teruk terhadap nilai dan budaya tradisional dengan nilai dan budaya Barat.  Sistem perilaku kebudayaan masyarakat negara berkembang pada masa ini dan menurut Dhouadi (1995), ia merupakan ketinggalan dalam pelbagai aspek kebudayaan.

 

Menurut kajian Szanton (2000), di Estancia iaitu sebuah bandar nelayan di Filipina lebih melihat kepada hubungan yang dinamik seperti bentuk budaya dan aktiviti ekonomi yang secara senyap dalam memodenkan sektor perikanan terhadap struktur hubungan sosial masyarakat. Penggunaan perbincangan moraliti lokal sebagai pengganti “budaya” lokal menjadi efektif dalam hubungan sosial. Masalah penghasilan, penyaluran, pengumpulan, perbezaan usaha dan penggunaanan aset ekonomi menjadi isu-isu moraliti yang penting dibandingkan dengan  isu-isu lain seperti identiti masyarakat, status dan sebagainya. “Keterikatan” (embeddedness) iaitu berperanan dan saling mendukung antara kapitalis dengan masyarakat lokal serta kapitalis pedagang Cina juga mempengaruhi susunatur perlembagaan lokal sehingga bertumbuhnya kebudayaan baru.

 

Maka, terdapat dua pandangan yang dapat dilihat dalam hubungan kebudayaan Barat dengan kebudayaan negara berkembang pada masa ini.  Pertama, cara pandangan secara homogen, bahawa modenisasi adalah proses yang mengagung-agungkan budaya Barat dan meminggirkan budaya lain. Kedua,  cara pandangan yang berbeza-beza, bahawa modenisasi global adalah proses heterogeniti budaya yang tetap bertahan dan berlaku proses percampuran unsur budaya Barat dan non-Barat dalam individu dan masyarakat.  Pandangan Robertson (1995), Pieterse (1995) dan Salman (2002), memodenkan sektor perikanan bagi masyarakat nelayan yang telah mengalami dinamika reformasi sosial. Pada pandangan kedua reformasi sosial terhadap percampuran budaya telah berlaku dalam masyarakat nelayan tersebut.

4.0 Kapitalisme Global dalam Pembangunan

Warisan dalam sistem kapitalisme memberikan pengaruh yang sangat besar dalam budaya pasaran dan politik yang merupakan bahagian dalam pembangunan.  Pada masa ini perkembangan pasaran global yang terus berkembang dan beberapa negara lagi belum siap untuk mengikuti kapitalisme global seperti meningkatkan industri, perkilangan mahupun perkhidmatan masih bergantung terhadap produk impot. Akibat liberalisasi perdagangan pada masa ini lebih mengarah kepada kapitalisme global menyebabkan kita menjadi subordinat kepentingan kapitalis dunia. Pembangunan suatu negara tidak akan berjalan sendiri apabila semua aktiviti dilakukan secara sehala. Malah negara-negara pada masa ini bukan sehala tetapi melaksanakan pelbagai sektor seperti ekonomi, sosial dan politik.

 

Hubungan yang kuat terhadap kapitalisme global menyebabkan negara tidak mampu berhadapan dengan masa depan. Kolonialisme baru yang lancar di negara Barat melambatkan pembangunan. Polisi pada zaman abad 19 banyak campur tangan oleh kerajaan pada suatu negara tetapi sekarang perekonomian dalam perdagangan bebas berjalan ke mana sahaja dan ini adalah sebuah konsep ekonomi yang mengacu pada penjualan produk antara negara tanpa halangan perdagangan lain.  Amerika Syarikat sebagai negara super power semenjak jatuh ke tangan komunis. Eropah memberikan kebebasan dalam melakukan perdagangan bebas yang dikenali sebagai Washington of Concesus” iaitu untuk menghancurkan seluruh masalah nasional terhadap perdagangan, menyekat proteksionisme, memperluaskan pasaran dan zon bebas dan meningkatkan pengaliran modal. (Garrison, Jim, America as Empire: Global leader or Rouge Power? (2004:38).

 

Negara pada masa ini tidak ada sempadan iaitu antara Utara/Selatan atau Timur/Barat. Hal ini kerana memperoleh kemudahan ekonomi secara bebas dan mempunyai pasaran terbuka. Negara berkembang dan telah melaksankan keterbukaan  dalam dekad sejak kebelakangan ini. Negara yang berkembang seperti Malaysia, Indonesia, Filipina dan lain-lain mengikuti negara-negara maju seperti Cina, Korea Selatan, Jepun, Singapore, Taiwan. Jurang ini akan membawa impak dari kapitalisme global iaitu ada kelompok yang semakin kaya dan ada kelompok yang semakin miskin. Terdapat juga negara yang kapitalisme tidak mengganas kerana masih memegang budaya lokal dan bukan budaya pasaran.

 

Kapitalisme global telah mengurangkan campur tangan pihak kerajaan. Peemerintah sendiri telah berusaha menghalang keganasan kapitalisme global ini, tetapi ketidakmampuan pada suatu negara berkembang dan masih memerlukan perdagangan bebas serta membuka negara untuk kapitalisme global. Globalisasi adalah sebuah perbincangan tentang sebuah perubahan yang menentukan secara radikal sebagai transformasi hubungan-hubungan atau lembaga-lembaga ekonomi dan sosial pada abad ke-21. Kavaljit Singh menjelaskan bahawa proses globalisasi pada masa ini bermula oleh lima perkembangan utama, iaitu :

a.          Pertumbuhan transaksi antarabangsa yang cepat

b.               Pertumbuhan perdagangan yang cepat terutamanya perusahaan-perusahaan   multinasional

c.                Pelaburan asing langsung (FDI) yang mendapat sokongan luas di kalangan perusahaan multinasional.

d.               Meningkakan pasaran global.

e.                Penyebaran teknologi dan pelbagai pemikiran sebagai perluasan sistem pengangkutan dan komunikasi yang cepat dan meliputi seluruh dunia.

Dari hal ini, globalisasi merupakan suatu bahagian dalam sistem kapitalisme dan  kemunculannya tidak dapat dielakkan dari perkembangan kapitalisme sehingga membincangkan globalisasi tanpa kapitalisme adalah sesuatu yang terasa tidak lengkap.

Sejak terciptanya kapitalisme sudah menjadi kekuatan yang mampu mencipta perubahan besar di pelbagai negara. Kapitalisme secara radikal telah mengubah setiap fasa material, sosial, politik dan budaya masyarakat yang pernah disentuhnya dan hal ini masih  terus berlangsung ( Singh, Kavaljit, 1998, Memahami Globalisasi Kewangan Panduan Untuk Memperkuat Rakyat, Yakoma-PGI, Jakarta)

 

 

5.0 Ekonomi Asia dalam Kapitalisme Global

Mekanisme pasaran yang sangat terbuka dalam perekonomian suatu negara, terutama peranan negara dan kerajaan penting mengendalikan ekonomi yang semakin global. Masyarakat yang hidup dalam suasana yang terikat dengan aturan antarabangsa. Salah satu kelemahan dari kapitalisme global dalam bidang pengurusan kewangan. Polisi antarabangsa yang mengatur kewangan dunia seperti WTO, IMF, Bank Dunia, dan Paris Club sebagai pengelola organisasi dan penentu peraturan dalam sistem kewangan antarabangsa. Lembaga-lembaga ini banyak berpengalaman dalam bidang menangani fiskal manakala kurang berpengalaman dalam bidang pasaran kewangan dan sistem perbankan. Kebergantungan negara Asia terhadap dana antarabangsa haruslah berwaspada kerana menerima akibat apabila berlaku krisis kewangan.

 

Menurut Jeffrey Sachs dalam ceramah yang bertema “Managing Global Capitalism” Copland Theatre, University of Melbourne, Melbourne, Australia menyatakan bahawa IMF hanyalah sebagai satu institusi bantuan antarabangsa yang hanya meminjam wang kepada negara yang berkembang sahaja. Bank Dunia mempunyai peranan untuk menghasilkan wang dan memberikan pinjaman dan hanya sebahagian kecil diperuntukkan dalam bentuk ODA (Official Development Assistance) dan kadar bunya yang kurang. Maka dapat dilihat bahawa perusahaan TNCs/MNCs berperanan penting dalam bidang perbankan sehingga membawa impak yang besar dalam pengelolaan kewangan negara-negara penerima bantuan dari institusi organisasi antarabangsa.

 

5.1 Kebangkitan Asia Timur dan Budaya Terhadap Ekonomi Dunia

 

Asia merupakan salah satu benua dengan mempunyai tingkat pertumbuhan ekonomi yang paling cepat di dunia dalam tiga dekad terkahir ini dan memiliki peluang yang sangat baik untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi pada masa hadapan. Bermulanya dari tahun 1996, negara-negara yang mempunyai tahap ekonomi yang tinggi di Asia misalnya Jepun, Cina, Hongkong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan. Menurut IMF pada tahun 1993 bahawa perkonomian Asia menyumbang 29 peratus produktiviti dunia hingga pada tahun 2000. Ternyata laporan ini adalah sesuai dengan realiti pada masa ini.  Sebagai sumber produk dan teknologi baharu dalam pasaran konsumer adalah sangat besar di negara-negara Asia yang di sebut “Tiger of Asia. Kemajuan negara Asia ini adalah disebabkan oleh penglibatan pada integrasi masyarakat antarabangsa seperti WTO, World Bank, ARF, Six Party Talk, ASEM dan sebagainya terutama dalam politik global. Dalam analisis yang lakukan oleh Hefner (1998), perkembangan ekonomi kapitalis yang dilaksanakan tidak terlepas daripada budaya dan organisasi masyarakatnya. Pada tahap ini, impak moraliti dan organisasi terhadap kapitalis moden di Asia Timur telah menilai budaya-budaya lokal. Kapitalisme moden pada asasnya bekerjasama untuk meningkatkan pertumbuhan pasaran melalui etika yang menimbulkan impak dan pemisahan yang lebih besar  dalam komuniti misalnya agama, etnik, gender dan kelas sosial.

 

5.2 Cabaran Asia Tenggara dan Budaya Lokal Terhadap Pengaruh Kapitalisme Global

Pembangunan global pada masa ini menyebabakan kemasukan kapitalisme dan telah mempengaruhi budaya di Asia Tenggara terutama dalam budaya lokal dan budaya pasaran.  Ini sangat penting dipertahankan kerana mempunyai peranan sebagai tools of screaning atas serbuan budaya dari luar. Untuk itu Asia Tenggara mempersiapkan diri masuknya perubahan sosial tanpa dikendalikan sepenuhnya oleh pihak kerajaan pada suatu negara. Diperlukan suatu keupayaan sebagai instrumen modal sosial terhadap ktirik kapitaslisme dengan membangun konsep civil society di abad ke 20 ini.  Kajian pembangunan pada suatu negara umumnya membimbing untuk mencari permasalahan atas ketimpangan ekonomi dunia dan rawannya permasalahan sosial pada masa ini. Sistem saat ini yang dilaksanakan oleh kapitalisme dengan memakai tangan-tangan negara dan komuniti dan menyusup masuk ke dalam kehidupan sehari-hari masyarakat. Sebaiknya Asia Tenggara harus bersiap sedia menghadapi dan menguasai globalisasi dengan cara bertahan (difensive)  bukan sebagai mangsa (victim) terhadap perubahan sosial.  Hegemoni peradaban global saat ini telah masuk sektor-sektor penting di dalam pembangunan dibelahan dunia, ini berarti kapitalisme telah masuk pada sektor ekonomi dan demokrasi politik.  Semakin banyak hambatan yang dibuat dilakukan negara untuk masuknya kapitalisme secara berterusan maka semakin memperkuat kemampuan sistem kapitalisme untuk memunculkan dorongan dalam pembangunan, contohnya pelaksanaan konsep Kesejahteraan Negara (Welfare State) yang sebgahagian besar negara maju (Developed conutries) memunculkan konsep neo-liberal, dan memperakui dalam memegang peranan pembangunan ekonomi untuk mensejahterakan masyarakat. Sistem kapitalisme global masih menjadi unggulan dibeberapa negara di Asia Tenggara sebagai model pembangunan, seperti hujahan Peter Berger dalam Revolusi Kapitalis (1990) bahawa masa depan dunia berada dalam gengaman kapitalisme.

Kapitalisme Asia baru menggambarkan kerumitan dengan kejelasan yang khas, kapitaslisme ini bekerja dengan mempengaruhi masyarakat, organisasi dan budaya tempatan (lihat Redding 1990; Clerg dan Redding 1990), oleh sebab iti hubungan daerah tempatan dan perusahaan mengubah aliran sumber-sumber dan hubungan lokal ke arah sasaran yang baru. Kadang-kadang sebagaimana dengan keluarga dan guanxi pada orang cina, penerapan struktur dan sentimen lama kepada tujuan sosial baru memberikan kapitalisme kekuatan lokal yang sangat luar biasa termasuk legitimasi etik. Tradisi lokal pada masa ini menjadi subordinat ekonomi yang melepaskan tuntutannya kepada suatu pandangan sosial dan mendesak projek etik yang lebih luas, seperti meletakkan pasaran di bawah norma-norma agama sehingga kapitalisme dianggap sebagai sesuatu yang asing, immoral dan tidak sah. Nilai-nilai kapitalisme memegang peranan dalam organisasi lokal dalam mengatur produktiviti dan penyaluran kapitalis, etika-etika politik dan sosial yang merupakan bagian dari ″perikatan″ (embedding) ekonomi. Seperti di Indonesia pada tahun 1970 telah beralih dari negera miskin menjadi negera industrialisasi di Asia Tenggara, dibandingkan dengan negara-negara tetangganya yang telah sejahtera seperi Malaysia, Thailand.

Keberhasilan kapitaslime didunia pada masa ini mengabaikan nilai-nilai humanistik, pada masa tertentu terjadinya pembinasaan moral (moral hazard) yang menyebakan pelaksanaan pembangunan semakin tertahan. Marx menilai ini sebagai fethishism of commodities, iaitu produktiviti materi yang dihasilkan oleh aktiviti dari kreativiti manusia menjadi benda-benda yang terlihat megikuti hukum pasaran yang bersifat impersonal, yang berlepas secara mutlak/tidak terbatas dari kemauan keperluan manusia yang menciptakannya.  Sebagai akibat merasa keterasingan (elienasi) dari kekuasaan kerativiti sendiri (Jhonson : 1981). Kreativiti dalam aktiviti ini memberikan suatu peluang pada suatu negara di Asia Tenggara untuk mencari perubahan-perubahan yang diinginkan untuk menjadi negara yang lebih maju.  Bermula perubahan-perubahan ini melalui polisi-polisi yang luas dalam penanaman modal dan pinjaman antara bangsa.

Pada tahun 1980-an terlihat masuknya arus modal besara-besaran dari Negara Barat dan Asia Timur ke Asia Tenggara, di mana pemberi pinjaman modal terus memberikan pakej bantuan tahunan yang sangat besar.  Terdapat juga konsesus / persetujuan bersama baru mengenai perubahan – perubahan struktur asas yang penting sebagai suatu persyaratan awal pemeberian bantuan.  Secara khas bantuan ini di fokuskan kepada perubahan-perubahan pertukaran nilai, pengurangan cukai-cukai protektif dan ketetapan-ketetapan yang dirancang untuk meningkatkan keuntungan yang kompetitif negara-negara yang terlambat melakukan indutrialisasi (Haggard dan Kaufman 1992 :5). Norma-norma budaya yang tertanam dalam perilaku ekonomi pada suatu negara memberikan peluang untuk melakukan persaingan didunia antara bangsa, dalam hal ini mengenai kapitalisme global.

Beberapa negara telah di Asia Tenggara menanam budaya pasaran dalam pembangunan ekonomi.  Indonesia yang menanamkan budaya lokal mempengaruhi perkembangan terhadap perubahan struktur sektor ekonomi dari sektor pertanian menjadi sektor industri. Philipina dalam pengembangan sektor perikanan terutama dalam meningkatkan usahawan besar masih dipengaruhi budaya-budaya lokal didalam pengembangan ekonominya. Di mana perbezaan-perbezaan sosial dan ekonomi memberikan gambaran  yang nyata dalam hubungan yang dinamik antara bentuk budaya-budaya dan perilaku ekonomi, iaitu perikanan sebagai sektor industrinya. Perdagangan di Delta Sungai Merah di Vietnam, di mana aspek budaya berpengaruh terhadap perkembangan ekonomi kapitalis terutama pelaku usahawan disektor perdagangan. Vietnam, faktor nilai-nilai budaya dalam pengejaran sesuatu telah dengan selektif dihargai atau dinodai (stigmatized), hubungan antara nilai-nilai ini dan onteks sosio-politiknya dan akibat-akibat bagi kehidupan ekonominya (Shaun 2000).  Nilai-nilai budaya telah mempunyai peranan penting dalam sejarah ekonomi Vietnam. Dari masa ke masa perubahan struktur nilai-nilai budaya lokal telah menjadi budaya pasaran dengan masuknya kapitalisme global.  Ini disebabkan adanya polisi-polisi yang mengatur perdagangan domestik di Vietnam serta merubah perdagangan stigma dari pengeluaran keluarga ke pengeluaran kapitalis guna memperluas unit-unit pengeluaran pertanian untuk mencapai skala ekonomi Vietnam dalam mendukung perluasan sektor industri.

Dalam hubungan pembangunan, norma-norma budaya lokal dalam perilaku ekonomi di Asia Tenggara masih di pengaruhi kapitalis global. Ini terlihat dari modal sosial pada suatu masyarakat terhadap modal wang didalam ekonomi kapitalis. Perubahan budaya merupakan suatu proses di dalam masyarakat moden sebagai impak dari perubahan struktur ekonomi dalam bidang industrialisasi di Asia Tenggara.

 

 

6.0 Impak kapitalisme global terhadap negara Dunia Ketiga

Kapitalisme global pada masa ini telah mempengaruhi sektor-sektor penting di negara Dunia Ketiga seperti dalam bidang ekonomi, nilai dan budaya.

6.1 Impak kapitalisme global dalam bidang ekonomi

Kapitalisme bergerak atas dasar membuat keuntungan maksimum. Inilah asas kapitalisme yang tidak pernah berubah-ubah. Jika ianya bukan berasaskan keuntungan maksimum, maka sistem itu bukan lagi sistem kapitalis. Untuk mendapat keuntungan maksimum, maka langkah pertama yang akan dilakukan oleh para kapitalis ialah membayar upah tenaga yang rendah. Dengan upah tenaga yang rendah bermakna kaum pemodal akan mendapat keuntungan maksimum. Lebihan tenaga buruh ini akan menjadi tambahan untuk keuntungan kaum pemodal. Lebih murah upah diberi maka akan lebih banyak keuntungan yang akan dipungut.

Sistem ekonomi kapitalis telah menanamkan nilai konsumer atau pengguna kepada kaum buruh dan pekerja. Nilai konsumer ini amat penting dalam budaya kapitalisme. Tanpa menghayati dan menyembah budaya konsumer, maka kapitalisme tidak dapat berkembang. Konsumer dan kapitalisme adalah boleh dikatakan seperti isi dengan kuku. Dalam budaya kapitalisme nilai hidup dan erti hidup dihitung dengan barang dan harta yang dimiliki, percutian yang dilalui dan benda-benda yang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Untuk mendapatkan produk maka kita diwajibkan menjualkan tenaga kita kepada kaum kapitalis. Melalui upah yang kita dapati ini, justeru kita akan boleh membeli barang dan produk konsumer. Lebih banyak barang konsumer yang kita beli dan pakai, kita akan dinilai sebagai berjaya dalam budaya kapitalisme.

Percubaan untuk menyelesaikan pertentangan ini telah dijalankan. Kita melihat sendiri di Malaysia di mana kaum pemodal tempatan dan antarabangsa untuk melipat gandakan keuntungan enggan menaikkan upah tenaga kaum buruh. Hingga ke hari ini tidak ada dasar gaji minima untuk kaum buruh, walaupun kaum pemodal memiliki dasar keuntungan maksimum. Selain itu, untuk melarikan dari tuntutan upah tinggi, maka apa yang telah dilakukan oleh para kapitalis tempatan dan luar negara ialah mengimport tenaga buruh dari luar. Tenaga buruh dari luar ini telah berjaya menurunkan tuntutan upah dari kaum buruh tempatan.

Hasilnya taraf kehidupan masyarakat tidak berubah malah secara nisbah semakin merosot. Cita-cita untuk menikkan taraf kehidupan terus gagal kerana upah untuk bekerja amat murah. Upah yang rendah ini juga tidak mungkin berkembang dan merancakkan tahap ekonomi dalam negara. Masyarakat yang tidak berduit tidak mungkin ianya akan berbelanja.

Perkara yang sama juga telah dilakukan oleh kaum kapitalis di Amerika dan Eropah. Mereka mengimpot tenaga murah dari negara Dunia Ketiga. Dengan ini, untuk terus melipat gandakan keuntungan, mereka telah menjalankan dasar apa yang dipanggil “out sourcing”. Mengupah orang luar dengan upah yang rendah untuk melakukan pekerjaan yang dahulunya dilakukan dalam negara. Apabila ini berlaku maka sekali warga Amerika dan Eropah sendiri kehilangan pekerjaan kerana buruh impot dan buruh luar sanggup menerima upah yang lebih murah.

Oleh itu, tidak cukup dengan ini kaum pemodal ini telah menutup kilang di Amerika dan Eropah dan membuka di wilayah-wilayah dunia ketiga dimana harga buruh amat murah. Kaum buruh di Amerika dan Eropah sekali lagi hilang pekerjaan apabila kilang-kilang mula berpindah ke Vietnam, Malaysia, China dan Thailand. Kapitalisme bergerak dengan pantas di negara Dunia Ketiga. Oleh itu, ia telah mempengaruhi dan memberikan impak kepada negara Dunia Ketiga ini.

 

6.2 Impak kapitalisme global dalam budaya konsumerisme

Budaya konsumserisme membuka peluang bagi pengguna produktif dengan menjanjikan kehidupan peribadi yang indah dan memuaskan serta menemukan keperibadian melalui perubahan diri dan gaya hidup. Budaya konsumerisme, meski tidak sama dengan budaya masa kini ia merupakan unsur utama dalam pengeluaran budaya masa kini. Meskipun kelompok-kelompok yang berada di luar atau mencuba menjauhkan diri dari ketersampaian kepada pasaran dan perilaku melawan arus, misalnya sub-budaya remaja dan gerakan-gerakan sosial baru, pergerakan proses pasar yang selalu mengejar yang ‘baru’ itu menyebabkan budaya konsumerisme dapat menyambung dan membawa kembali tradisi dan gaya hidup kini.

Budaya masyarakat konsumerisme sering diberi ciri materialistik dan sering digunakan dalam kehidupan seharian untuk menjelaskan kemiskinan dan tindakan mementingkan diri sendiri (duniawi) dimana individu memusatkan kehidupannya pada penggunaan barang-barang dan produk. Pandangan ini sebenarnya mengatakan bahawa masyarakat telah melihat kepada rasional ekonomi yang menyingkirkan adat istiadat tradisional dan nilai-nilai budaya.

Konsumerisme melihat kepada pengeluaran produk-produk yang mempunyai inovasi serta rekabentuk yang baru dan mempunyai nilai tambah yang baik untuk mendapat keuntungan yang maksimum.  Pada masa ini, budaya konsumerisme amat mempengaruhi budaya dan nilai di kalangan masyarakat. Dengan ini, masyarakat terikut-ikut dengan budaya konsumerisme kerana ia merupakan salah status dan gaya hidup yang sudah tersebar di seluruh dunia.

Pos ini dipublikasikan di Uncategorized. Tandai permalink.

Satu Balasan ke KAPITALISME GLOBAL DALAM BUDAYA LOKAL

  1. Linda berkata:

    salam..halalkan sedikit ilmu yg sy ambil di sini..terima kasih atas rujukan yang amt berguna ini

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s